InspirasiSemasa

Dalam melawak, Johan Tegas Beri Didikan Agama Kepada Anak-anak

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak tersohor tanah air Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz. Umum mengetahui yang Johan merupakan individu yang susah untuk serius.

Sumber: Instagram Johan & Ozlynn

Namun dalam perkongsian terbaru dibuat oleh isterinya yang menunjukkan Johan sedang mengajar anak-anaknya mengaji mengambarkan sisi lain pelawak tersebut.

Perkongsian video yang dimuatnaik oleh Ozlynn menunjukkan Johan tegas dalam mengajar anak-anak mengaji. Jika didengar video tersebut ada masanya Johan meninggikan suaranya ketika mengajar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Dalam perkongsian tersebut, Ozlynn mengatakan bahawa Johan diminta oleh wargamaya untuk mengajar anak-anak mereka mengaji. Beliau turut mendedahkan bahawa dirinya juga diajar oleh Johan.

“Nampak macam bestkan ? Bila post gambar atau video papa (Johan) mengajar mengaji, ada yang mahu hantar anak dekat papa untuk ajar mengaji. Siap ada yang offer diri juga, yang tua pun nak mengaji tapi nak papa ajar. Berani ke ?

“Tengoklah dan telitilah setiap video dalam ni semua ok. Sebagai seorang isteri yang selalu diajar juga. Sangat enjoy tapi papa tegas nak mampuih. Takut kalau bab mengaji atau harfiah dia ajar. Tak ada nego ya, rotan tetap dekat tangan” – kongsinya di media sosial

Jika dilihat di media sosial, rata-rata wargamaya memberikan respon yang positif kepada keluarga tersebut. Selain itu, netizen juga bersetuju dengan gaya pengajaran yang diterapkan oleh Johan.

Related Articles

Back to top button