Semasa

Daging Qurban luas bakti MAPIM di bumi Langkawi

Beri keutamaan bantu dalam negara ketika darurat

LANGKAWI : Daging korban berjaya mempertemukan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan masyarakat sekitar di bumi Langkawi bersempena Program Ibadah Qurban MAPIM yang berlangsung pada 20 Julai lalu.

Hasrat MAPIM mengagihkan daging korban di sekitar Langkawi dijayakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi, Gabungan Truckers Utara (GTU), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Langkawi dan Komuniti 4×4 Langkawi.

Misi pengagihan daging korban ke Langkawi yang diketuai Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, memanfaatkan kira-kira 1,000 keluarga asnaf meliputi empat kawasan iaitu Ulu Melaka, Kedawang, Bukit Lembu, dan Makam Mahsuri.

Sekitar jam 12.00 tengah hari, MAPIM Malaysia memulakan perjalanan dengan menaiki bot nelayan yang tidak berbumbung merentasi lautan luas untuk tiba di Pulau Langkawi bagi menyempurnakan misi pengagihan daging korban.

Cakna akan perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit untuk tiba di jeti pelancongan Langkawi, kesemua bekas daging korban disimpan rapi di dalam bekas yang berisi ais bagi mengekalkan kualiti daging tersebut.

Menurut Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol :

“Alhamdulilah Program Ibadah Qurban MAPIM 2021 masuk hari ketiga dan pada 23 Julai ini, MAPIM Malaysia akan agihkan daging korban daripada Program  Ibadah Qurban MAPIM Malaysia. Suatu yang sangat istimewa apabila kita dapat menghantar sendiri daging segar kepada yang memerlukan.”

Mengulas lanjut beliau berterima kasih kepada kariah-kariah masjid yang membantu MAPIM Malaysia menyampaikan bantuan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan. Beliau juga berharap kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Oleh : Nurshazlin Shahrom

_________________________________________________________________________________________________________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button