DuniaSemasaSyria

Cuaca sejuk, salji terus berlaku di Syria tahun ini

DAMSYIK: Perang di bumi Syria tidak asing lagi dengan pelbagai cerita menyayat hati, kini, cuaca sejuk pula melanda seperti yang berlaku setiap tahun.

Menurut Jabatan Meteorologi, bumi dan penduduk Syria akan terus mengalami musim sejuk pada tahun ini

Suhu akan turun kepada 4 darjah selsius hingga 7 darjah selsius di bawah purata, menurut buletin Rabu Jabatan.

Secara umumnya, langit akan mendung dan hujan diikuti salji turun di kawasan tertentu dengan ketinggian altitud melebihi 1000.

Angin akan bertiup dari barat daya ke barat dengan kelajuan sederhana dan tiupan angin aktif melebihi 60km/j, manakala tahap ombak laut naik daripada sederhana sehingga tinggi.

Jangkaan suhu di beberapa bandar utama Syria di Damsyik 7/-1, Daraa 7/0, Homs 7/-2, Hasaka 4/-3, Tartous 10/5, Aleppo 4/-2, Deir Ezzor 11/0. – SANA

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button