Dunia

Cuaca panas melampau, ribuan ekor lembu mati di Kansas

TOPEKA, KANSAS : Sekurang-kurangnya 2,000 ekor lembu di Kansas mati akibat haba dan kelembapan melampau, menurut pihak berkuasa negeri itu.

Menurut laporan Wion News, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan kekurangan bijirin dan meningkatkan kos makanan haiwan sekali gus menjejaskan industri penternakan lembu di Amerika Syarikat kerana mereka memilih untuk mengurangkan haiwan ternakan mereka.

Jurucakap Persatuan Ternakan Kansas, Scarlett Hagins berkata suhu dan kelembapan di barat Kansas meningkat sejak hujung minggu lalu, manakala angin sejuk dilaporkan beredar menyebabkan haiwan ternakan itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mendadak.

Untuk rekod, Kansas ialah negeri penternak lembu ketiga terbesar di AS selepas Texas dan Nebraska. Kansas memiliki lebih 2.4 juta ekor lembu di ladang-landang ternak.

Menurut Presiden perkhidmatan kaji cuaca World Weather Inc., Drew Lerner, suhu meningkat mencecah 42 darjah Celsius di barat laut Kansas menjelang Isnin lalu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button