PUTRAJAYA : Sekali lagi negara kita digemparkan dengan catatan kes tertinggi pada hari ini. 17,786 kes positif dicatatkan pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif negara, 1,113,272 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6400 kes baharu disusuli Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor, (1,144) dan Sabah (1,035).
Bagi negeri lain, Negeri Sembilan mencatatkan (929) , Terengganu (883), Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), dan Sarawak (485).
Putrajaya dengan 116 kes baharu, Perlis (16) dan Labuan (sembilan), katanya menerusi Facebook, hari ini.
Rakyat terus diingatkan supaya terus melakukan kawalan kendiri supaya negara bebas dari Covid-19.