Covid19Semasa

Covid-19: Duduk rumah 2 minggu!

Jika tiada urusan penting - Tan Sri Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan.

Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

“Amalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat. Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,”

Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button