Covid19Semasa

COVID-19 : Sedia berdepan dengan gelombang lebih buruk!

Peningkatan kes mendadak

KUALA LUMPUR : Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan bacaan kes jangkitan COVID-19 yang tertinggi melepasi angka 7,000 iaitu 7,289. Dengan situasi semasa katil ICU bertambah, kapasiti katil yang menghadapi tahap kritikal rakyat Malaysia diminta bersedia berdepan dengan gelombang Covid-19 terburuk.

Jumlah kes COVID-19 hari ini merupakan kes harian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan kes  525,889.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini susulan trend peningkatan graf jangkitan kes di negara ini yang melonjak sejak 1 April lalu yang boleh mencetuskan kenaikan menegak.

“Kita perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan senario terburuk. Tolong kami untuk tinggal di rumah. Kita boleh memutuskan rantaian jika kita bersama-sama melakukannya,” – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan / Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata demikian pada Twitternya hari ini.

Sementara itu,  Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 lagi kes Variant of Concern (VOC) melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351 dan varian India B.1.617.
Tan Sri Dr Noor Hisham berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah sebanyak 78 kes dan varian India B.1.671 adalah sebanyak enam kes.  60 lagi kematian dilaporkan hari ini dengan  726 pesakit dirawat di ICU.

Related Articles

Back to top button