KUALA LUMPUR : Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan bacaan kes jangkitan COVID-19 yang tertinggi melepasi angka 7,000 iaitu 7,289. Dengan situasi semasa katil ICU bertambah, kapasiti katil yang menghadapi tahap kritikal rakyat Malaysia diminta bersedia berdepan dengan gelombang Covid-19 terburuk.
Jumlah kes COVID-19 hari ini merupakan kes harian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 525,889.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini susulan trend peningkatan graf jangkitan kes di negara ini yang melonjak sejak 1 April lalu yang boleh mencetuskan kenaikan menegak.
“Kita perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan senario terburuk. Tolong kami untuk tinggal di rumah. Kita boleh memutuskan rantaian jika kita bersama-sama melakukannya,” – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan / Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Beliau berkata demikian pada Twitternya hari ini.