KUALA LUMPUR : Kes baharu Covid-19 terus melonjak iaitu sebanyak 27,831 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 3,111,514.
“Daripada kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 97 kes merangkumi 0.35% dari kes keseluruhan merupakan kategori tiga, empat dan lima manakala 27,734 (99.65%) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
Oleh itu, 16 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes. pic.twitter.com/31OmMeZQtq
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 16, 2022