PHILADELPHIA: Bermula minggu hadapan, negeri ini menjadi yang pertama di Amerika Syarikat (AS) bagi melaksanakan kembali syarat wajib memakai pelitup muka di tempat awam tertutup seperti restoren, sekolah dan premis perniagaan.
Philadelphia merupakan bandar utama yang pertama di AS mengembalikan semula mandat dan pelaksanaan itu dikuatkuasa berikutan gelombang penularan baharu Covid-19.
Bermula 18 April ini peraturan baharu akan dikuatkuasa selepas angka jangkitan baharu meningkat secara mendadak sehingga 50 peratus bermula April, mendorong Philadelphia meningkatkan langkah pencegahannya.
Pesuruhjaya Kesihatannya, Cheryl Bettigole, berkata kemasukan pesakit ke hospital kekal stabil walaupun disebabkan Covid-19.
“Kita berkemungkinan berada di ambang gelombang baharu COVID, seperti apa yang dialami Eropah,”
“Pada kadar jangkitan sekarang, kami percaya tiada sebab untuk panik atau menikmati aktiviti yang kita gemari. Kota kita kekal dibuka,” katanya.
Selepas penurunan kes pada Mac lalu berikutan lonjakan Omicron yang berlaku pada awal tahun, Philadelphia melonggarkan mandate pemakaian pelitup muka di tempat terbuka terhadap lebih 1.5 juta penduduk.
Philadelphia menerima purata lebih 140 kes sehari, manakala kurang daripada 50 pesakitnya dimasukkan ke hospital.
Kes di Pennsylvania melonjak hampir 70 peratus dalam tempoh seminggu menjadikannya antara 10 negeri tertinggi dengan kadar penularan yang pantas.
Jangkitan baharu meningkat 10 peratus di AS sejak minggu lalu, didorong oleh subvarian Omicron BA.2 yang lebih mudah berjangkit dan menjadi varian dominan di AS dan tempat lain.
Pada minggu lalu, kadar kemasukan pesakit ke hospital menurun sebanyak enam peratus.
Pemakaian pelitup muka dan keperluan vaksinasi dilonggarkan di kebanyakan negeri di AS. Sejak bermula pandemik pada awal 2020, lebih 986,000 orang meninggal dunia di AS
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today