PUTRAJAYA : Berkuat kuasa 1 Januari 2021, semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing menjalani ujian saringan COVID-19 bagi menangani penularan pandemik itu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan.
“Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ujian saringan boleh dibuat di klinik yang telah dilantik oleh PERKESO – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan
Beliau berkata, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat.
Mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya. – BERNAMA