Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
PUTRAJAYA : Jumlah kes harian Covid-19 di negara hari ini merekodkan sejumlah 20,988 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,786,004 kes.
Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar kes jangkitan harian iaitu 4,073 kes.
Katanya menerusi Facebook, hari ini, enam negeri lagi turut mencatatkan pertambahan kes empat angka iaitu Sarawak sebanyak 2,992 kes, Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).
“Selain itu, Terengganu (987), Perak (990), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (lima),” katanya.
Nurshazlin Shahrom