
PUTRAJAYA : Kes jangkitan Covid-19 hari ini mencatatkan sejumlah 4,362 kes.
Berbanding semalam kes positif Covid-19 dilaporkan 4,262 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi laman Twitter, perkembangan kes ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus Covid-19 di Malaysia sejak awal penularannya ialah 2,711,764 kes.
Pada 17 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,362 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,711,764 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 17, 2021