PUTRAJAYA: Kes jangkitan positif Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 9,380 kes, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 2,303,837 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semua negeri mencatat peningkatan kes dengan Sarawak mendahului sebanyak 1,503 kes.
Manakala, tiga negeri lain turut mencatat pertambahan kes empat angka iaitu Selangor dengan 1,116 kes, Kelantan (1,170) dan Johor (1,105).
Sabah merekodkan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629) dan Pulau Pinang (623), diikuti Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Melaka (200), Negeri Sembilan (191), Perlis (42), Putrajaya (18) serta Labuan dengan lapan kes.
Oleh Nurshazlin Shahrom