
KUALA LUMPUR : Sebanyak 7,950 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 2,361,529 kes.
Sedikit peningkatan dicatatkan berbanding semalam dengan 674 kes .
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia mencatat sedikit peningkatan berbanding 7,276 kes baharu, semalam.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW : https://covidnow.moh.gov.my,” katanya melalui Facebook, di sini.
Oleh : A.Azfar