Covid19Semasa

COVID-19 : 6,288 kes jangkitan baharu di Malaysia

PUTRAJAYA: Sebanyak 6,288 kes positif baharu virus Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari, hari ini berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 5,413 kes dilaporkan semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan Twitter, kes baharu ini menjadikan jumlah  keseluruhan sejak bermulanya penularan wabak ini ada sejumlah 2,563,153 kes.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button