PUTRAJAYA : Setakat hari ini sebanyak 5,806 jangkitan positif Covid-19 dilaporkan berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham memaklumkan perkembangan kes ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat sehingga 2,644,027 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my
Pada 2 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,806 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,644,027 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 2, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom