Covid19Semasa

COVID-19 : 5,726 kes baharu

KUALA LUMPUR : Kes jangkitan Covid-19 pada hari ini melonjak melepasi angka 5,000 dengan mencatatkan sejumlah 5,726 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 merekodkan 2,442,224 kes.

Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala, 5,629 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Angka jangkitan pada hari ini meningkat berbanding semalam iaitu 4,782 kes.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button