PUTRAJAYA: Sebanyak 5,413 kes positif baharu virus Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari, hari ini berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan Twitter, kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan sejak bermulanya penularan wabak ini ada sejumlah 2,556,865 kes.