Semasa
COVID-19 : 4,782 kes jangkitan positif terbaharu
KUALA LUMPUR: Kes harian Covid-19 pada hari ini menunjukkan penurunan di bawah angka 5,000 iaitu 4,782 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan 2,436,498 kes kumulatif direkodkan ketika ini.
Jumlah kes pada harini menunjukkan perbezaan sebanyak 1,000 kes berbanding semalam dengan 5,666 kes.
Sehingga 25 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,782 kes (2,436,498 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 25, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom