KUALA LUMPUR : Kes jangkitan baharu positif Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 3,683 kes, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding semalam 2,897 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan kes ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,750,516 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: https://covidnow.moh.gov.my
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam” katanya menerusi Twitter hari ini.