KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 korban baharu COVID-19 direkodkan setakat semalam.
Ia termasuk 11 membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Laman sesawang COVIDNOW bawah Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, jumlah itu membawa kepada jumlah 32,276 kematian akibat COVID-19 di Malaysia, dengan 6,551 adalah kes BID, setakat ini.
Johor mencatat angka kematian baharu tertinggi dengan 11 kes, diikuti masing-masing enam di Sabah dan Selangor, Kedah (empat) serta Perak (tiga).
Pulau Pinang turut melaporkan tiga kematian baharu, diikuti masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today