PUTRAJAYA : Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit pengurangan iaitu sebanyak 2,641 kes berbanding 2,888 kes dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkembangan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan virus tersebut di Malaysia sebanyak 2,788,860 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Pada 10 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,641 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,788,860 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 10, 2022