KUALA LUMPUR : Sebanyak 21,315 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, meningkat sedikit berbanding semalam sebanyak 21, 072 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 3,061,550.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
Kategori 3 : 48 kes (0.23%)
Kategori 4 : 23 kes (0.11%)
Kategori 5 : 16 kes (0.07%)Oleh itu, pada 14 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,315 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,061,550 kes. pic.twitter.com/lMb7HLe6zF
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 14, 2022