Semasa
COVID-19 : 19,550 kes baharu dilaporkan
PUTRAJAYA : Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini merekodkan 19,550 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,960,500 keskes.
Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Sarawak masih kekal tertinggi dengan 3,743, disusuli Selangor dengan 2,416 kes, Johor (2,282), Sabah (2,163), Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354), Kelantan (1,320), Terengganu (953) dan Pahang, 722 kes.
Manakala Kuala Lumpur dengan 555 kes hari ini, Melaka (490) Negeri Sembilan (198) Perlis (73) Putrajaya (24) dan Labuan mencatatkan kes harian terendah, dua kes.