Semasa

Covid-19 : 19,495 kes baharu dilaporkan

PUTRAJAYA : Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini merekodkan 19,495 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,030,935 kes.

Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Sarawak masih kekal tertinggi dengan 4,709 kes, disusuli Selangor dengan 2,710, kes, Johor (1,860), Sabah (2,015), Pulau Pinang (1,757), Kedah (1,178), Perak (1,174), Kelantan (1,434), Terengganu (993) dan Pahang, 766 kes.

Manakala Kuala Lumpur dengan 363 kes hari ini, Melaka (190) Negeri Sembilan (222) Perlis (108) Putrajaya (16) dan Labuan mencatatkan sifar kes.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button