PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali melonjak naik berbanding semalam iaitu sebanyak 16,117 kes dilaporkan hari ini. Sekaligus, menjadikan kes harian tertinggi buat Malaysia
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada1,044,071 kes.
Katanya, “Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi mengikut pecahan negeri dengan 6,616 kes disusuli Kuala Lumpur ( 2,457) dan Kedah (1000)”
“Johor mencatatkan 907 kes, Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403) dan Terengganu (317).”
Selain itu Putrajaya (122), Labuan (11) dan Perlis (dua) kes baharu sahaja.
Oleh : A.Azfar