Semasa

Pusat kuarantin percuma untuk penduduk PPR, PA

Pastikan individu kategori 1,2 jalankan kuarantin kendiri

PUTRAJAYA : Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk memindahkan pesakit positif Covid-19 ke beberapa Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) secara percuma, mulai hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengerusi Pusat Penyelarasan dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP), Tan Sri Annuar Musa, berkata individu yang didapati positif Covid-19 tetapi tidak bergejala (Kategori 1) atau bergejala ringan (Kategori 2) dikehendaki membuat kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

Dalam kenyataan hari ini, sebilangan pesakit positif Covid-19 bagi kategori 1 dan 2 ditempatkan ke beberapa hotel yang dikhususkan sebagai PKRCS bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan keluarga.

“Didapati ramai dalam kalangan mereka yang terlibat mendiami rumah yang sempit dan sesak terutama keluarga golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di PPR dan PA DBKL yang tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri.” katanya.

Empat PKRCS di Wilayah Kuala Lumpur yang terlibat mulai hari ini ialah Hotel Royal Chulan, International Youth Center, Tamu Hotel Kampong Bharu dan Hotel Travelodge City Centre.

“Operasi memindahkan kira-kira 1,000 orang golongan terbabit bermula hari ini dengan kerjasama Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan agensi yang lain.” jelas beliau.

Sementara itu, kementerian sedang berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan Covid-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan yang menghadapi masalah kuarantin kendiri.

Secara tidak langsung, tindakan ini dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi mengelakkan peningkatan kes positif yang berpunca daripada kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga.

Sumber Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

Oleh : Nurshazlin Shahrom

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button