Covid19Semasa

COVID-19 : 15,902 kes baharu

Catatan tertinggi harian Covid-19

PUTRAJAYA : Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi hari ini dengan 15,902 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 996,393 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal menjadi penyumbang utama pertambahan kes COVID-19, iaitu sebanyak 7,351 kes disusuli Kuala Lumpur dengan 2,460 kes.

“Kedah mencatatkan dengan 867 kes baharu, Johor (804), Sabah (712), Perak (469), Melaka (631), Negeri Sembilan (625) Pulau Pinang (505), Kelantan (502), Pahang (406), Terengganu (267) dan Sarawak (261).

“Turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Putrajaya dengan 59 kes, Labuan (30) dan Perlis (tujuh),” katanya dalam Facebook hari ini.

Oleh : A. Azfar

Related Articles

Back to top button