COVID-19 : 15,764 kes baharu
PUTRAJAYA : Jumlah kes positif COVID-19 di negara ini menurun sebanyak 1,386 kes menjadikan 15,764 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 negara meningkat kepada 1,146,186 kes.
Tambah beliau, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dan lima negeri melaporkan kes empat angka.
Negeri yang mencatatkan empat angka ialah Selangor dengan 6,067 kes baharu, Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).
Selain itu negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes hari ini iaitu Negeri Sembilan sebanyak (862), Perak (748), Pulau Pinang (667). Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463) dan Terengganu (425).
Putrajaya melaporkan 46 kes baharu, Perlis (sembilan) dan Labuan (tujuh),” katanya dalam hantaran.
Oleh : A.Azfar