COVID-19 : 14,554 kes dilaporkan hari ini
KUALA LUMPUR : Kes baharu Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 14,554 kes berbanding 13,754 kes yang dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,171,232 kes.
Menurutnya, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,825 kes, disusuli Selangor (2,244), Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).
Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes Covid-19 pula ialah Kedah dengan 908 kes, Kelantan (910), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271) dan Negeri Sembilan (157).
Sementara itu, Perlis mencatatkan 65 kes dan Putrajaya 30 kes manakala Labuan merekodkan sifar kes.
Oleh Hafeez Anuar