KUALA LUMPUR : Kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini terus menujukkan peningkatan iaitu sebanyak 13,944 kes dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,939,198.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
Pada 8 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 8, 2022