Semasa

Covid-19 : 13,754 kes baharu dilaporkan

PUTRAJAYA : Sebanyak 13,754 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti di negara ini mencecah 2,142,924 kes.

Selangor masih kekal dengan jumlah kes jangkitan tertinggi di Malaysia dengan merekodkan sejumlah 1,985 kes diikuti dengan Johor iaitu 1,913 kes dilaporkan.

Manakala negeri lain melaporkan kes harian empat angka iaitu Sabah dengan 1,629 kes,  Sarawak (1,766), Kelantan (1,264), Perak (844), Pulau Pinang (1,052),  dan Kedah (783).

Selain itu Terengganu merekodkan 664 kes, Pahang (869), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175), Perlis (113), Putrajaya (14) dan Labuan lapan kes direkodkan.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button