Semasa
COVID-19 – 12,366 kes baharu dilaporkan hari ini
PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan 12,366 pada hari ini. Ia mencatatkan sedikit peningkatan berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 939,899 kes.
Menurut beliau, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu dengan mencatatkan 5,524 kes.
Johor mencatatkan 793 kes manakala Kedah (701), Sabah (657), Kuala Lumpur (1,580), Pahang (288), Melaka (309), Pulau Pinang (460), Perak (295), Sarawak (351), Kelantan (179) dan Terengganu 190 kes.
Selain itu, Putrajaya 50, Labuan (17) dan Perlis merekodkan dua kes sahaja.
Oleh Hafeez Anuar