Semasa
COVID-19 : 10,959 kes dilaporkan hari ini
KUALA LUMPUR : Kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 10,959 kes direkodkan berbanding 13,104 kes yang dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,209,194 kes.
Menurutnya, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,723 kes, disusuli Johor (1,226), Kelantan (983), Selangor (979), Pulau Pinang (793) dan Sabah (751).
Manakala negeri lain pula ialah Pahang dengan 739 kes, Terengganu (691), Kedah (660), Melaka (346), Kuala Lumpur (176) dan Negeri Sembilan (110).
Sementara itu, Perlis mencatatkan 51 kes dan Putrajaya (18) kes manakala Labuan merekodkan sifar kes.
Oleh Hafeez Anuar