KITAKYUSHU : Sebuah pusat jagaan di selatan Jepun ‘mengupah’ bayi bagi menemani warga emas dan membuat mereka tersenyum.
Gajinya? Lampin dan susu formula.
Syarat untuk merekrut bayi-bayi tersebut di Kitakyushu mestilah berumur bawah empat tahun.
Menurut laporan The Japan Times, penjaga mereka perlu menandatangani kontrak yang menetapkan bahawa bayi dan kanak-kanak itu boleh datang untuk bekerja ‘pada bila-bila masa mereka mahu’.
Berdasarkan kontrak tersebut, mereka dibenarkan berehat ‘apabila mereka lapar, mengantuk atau bergantung pada mood mereka’.
Menurut pengerusi pusat jagaan tersebut, Kimie Gondo, lebih 30 bayi yang telah didaftarkan setakat ini ditugaskan untuk menaikkan semangat lebih 100 penduduk yang kebanyakannya berumur 80-an.
Tanggungjawab utama calon yang berjaya adalah untuk ‘bersiar-siar’ di sekitar pusat jagaan itu sambil ditemani oleh penjaga mereka.
Penduduk kelihatan gembira dengan rekrut muda dan menyapa mereka, memulakan perbualan atau menawarkan pelukan kepada mereka.
Setakat ini, projek itu telah menghasilkan keputusan yang sangat baik, kata Gondo.