Bantuan MAPIM Di GazaDuniaPalestinPolitikSemasa

Setiap roket Hamas pasti terima balasan! – Menteri Israel

Israel ugut bunuh pemimpin Hamas

TEL AVIV : Menteri Kewangan Israel Yisrael Katz pada Ahad, mengancam untuk membunuh pemimpin Hamas disebabkan serangan roket dari Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap dengan radio  stesen tempatan Reshet Bet, Katz berkata mana-mana roket yang dilancarkan ke dalam kawasan selatan Israel akan dibalas dengan pembunuhan terhadap pemimpin Hamas. Katz juga menegaskan bahawa polisi itu telah dipersetujui oleh kabinet keselamatan Israel sebelum  gencatan senjata diisytihar pada Jumaat lalu.

Tambah Katz, kebangkitan semula Gaza akan bersyarat dengan kehilangan tentera Israel di wilayah Palestin.

Pada Jumaat, gencatan senjata yang dicapai dengan perantara Mesir  menghentikan pertempuran 11 hari.

Sekurang-kurangnya 248 warga Palestin terbunuh, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita. Manakala 1,948 tercedera menurut Menteri Kesihatan Palestin. Penguatkuasa Kesihatan di Tebing Barat pula berkata 31 pula terbunuh di Tebing Barat menjadikan mangsa maut di keseluruhan Palestin ialah 279 orang.

Dua belas orang Israel juga terbunuh dalam serangan roket Palestin dari Gaza

****
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

 

Related Articles

Back to top button