XI’AN : China pada Rabu (22/12/2021) me-lockdown bandar Xi’an yang berpenduduk 13 juta orang bagi menangani lonjakan kes Covid-19 yang membimbangkan.
Xi’an melaporkan 52 kes baru Covid-19 pada Rabu, menjadikan 143 kes sejak 9 Desember. Mulai Khamis tengah malam (23/12/2021), hanya seorang per rumah yang boleh keluar untuk membeli barang keperluan, dan penghuni lainnya wajib berada di rumah kecuali dalam keadaan terdesak, menurut pemerintah kota di akaun media sosial resmi Weibo.
Penduduk “tidak boleh meninggalkan bandar kecuali diperlukan,” kata pemerintah, menambah bahawa mereka yang ingin keluar perlu menyerahkan bukti dan mengajukan permohonan.
Perintah itu datang sehari setelah Xi’an mulai menguji 13 juta penduduknya. Terminal bas jarak jauh ditutup dan pihak berwajib mendirikan pos pemeriksaan pengendalian penyakit di jalan raya keluar dari Xi’an.
Penerbangan dari dan ke lapangan terbang utama bandar dihentikan, menurut aplikasi penerbangan VariFlight. Di dalam kota, kapasiti penumpang bas dan kereta api dikurangkan, dan sekolah-sekolah ditutup.
Semua perniagaan non-esensial dan fasiliti umum selain supermarket, kedai 24 jam, dan pusat kesihatan diperintahkan untuk ditutup, sementara pemerintah mendesak pengusaha mengizinkan orang bekerja dari rumah.
Perjumpaan skala besar termasuk kegiatan di taman terbuka turut ditangguhkan, sementara muzium yang menampung Tentera Terakota yang terkenal di dunia, makam maharaja pertama China yang berusia 2,000 tahun ditutup hingga pemberitahuan lebih lanjut.
China tempat Covid-19 pertama kali dikesan memperlahankan kes terbaru sejak pertengahan tahun lalu melalui strategi nol-Covid yang melibatkan kawalan sempadan ketat, lockdown tersasar, dan kuarantin panjang.
– Kompas