GROZNY : Pihak berkuasa Republik Chechnya di Rusia menetapkan peraturan ketat bagi mendorong vaksinasi Covid-19.
Dalam usaha meningkatkan vaksinasi, Checnya melarang semua orang yang belum diberi vaksin Covid-19 untuk memasuki masjid dan kedai serta menggunakan pengangkutan awam.
Peraturan terbaru tersebut diumumkan Wakil Perdana Menteri Chechnya Vakhit Usmayev pada Isnin (26/7/2021) sebagaimana dipetik dari Russia Today.
“Kalau ke masjid, wajib memiliki kad vaksinasi,” jelas Usmayev.
Dia menambah, pemeriksaan juga akan dilakukan di gerai-gerai, kegiatan olahraga, dan fasiliti hiburan.
Selain itu, orang yang dibenarkan menggunakan pengangkutan umum adalah mereka yang sudah divaksin serta diwajibkan memakai mask.
Pada Isnin, Menteri Kesihatan Chechnya Elkhan Suleimanov mengumumkan bahawa 60 peratus populasi orang dewasa di kawasan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Peratusan itu menjadikan Chechnya sebagai daerah pertama di Rusia yang mencapai prestasi tersebut.
Menulis di Telegram, pemimpin Chechnya Ramzan Kadyrov menggalakkan semua rakyatnya untuk mendapatkan vaksin.
Kadyrov berkata, vaksin merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi pandemik. Dia juga mendesak penduduk bagi mendengar nasihat petugas kesihatan.
“Kami berkewajiban untuk menangani masalah ini dengan penuh tanggung jawab dan melindungi penduduk kami daripada jangkitan berbahaya,” tulis Kadyrov di Telegram.
“Saya menekankan kita tidak boleh berhenti pada 60 peratus, tetapi memvaksinasi seluruh populasi orang dewasa,” sambung Kadyrov.
Vaksinasi massal terhadap Covid-19 telah berlangsung di Rusia sejak 18 Januari dan meningkat dalam beberapa bulan terakhir.
Presiden Rusia Vladimir Putin belum mewajibkan vaksinasi dan menyerahkan keputusan tersebut kepada pihak berkuasa daerah.
Banyak daerah di Rusia memaksa pekerja di sektor tertentu, seperti katering dan pengangkutan, untuk disuntik vaksin covid-19.
Vaksinasi di Rusia percuma dan penduduk memiliki pilihan empat vaksin buatan dalam negeri iaitu Sputnik V, Sputnik Lite, EpiVacCorona, dan CoviVac.