CDERT MAPIM serahkan bot kepada nature lifeguard APM Pahang
KUALA TAHAN : Keselamatan masyarakat menjadi keutamaan buat Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang sentiasa bersiap siaga dalam perlindungan rakyat dan pengurusan bencana.
Mereka juga menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam sebagai persediaan dalam apa-apa jua langkah yang diambil samada sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Gerak kerja mereka diperkukuhkan lagi dengan kolaborasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam berganding bahu melaksanakan kerja kemanusiaan dan tanggungjawab sosial kepada komuniti setempat.
Hari ini, CDERT MAPIM telah menyerahkan sebuah bot beserta enjin kepada CDERT C (Komuniti) di bawah APM Pahang bagi melancarkan lagi gerak kerja pasukan keselamatan nature lifeguard yang baru ditubuhkan oleh angkatan tersebut.
Menurut PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, kolaborasi ini merupakan satu peluang untuk mengikat kasih antara APM dan MAPIM serta tindak balas membantu komuniti golongan yang memerlukan.
“Bot ini digunakan untuk menghantar bantuan dan menyantuni masyarakat Orang Asli ataupun asnaf di kawasan Kuala Tahan ini, dan ia merupakan hasil sumbangan dari rakyat Malaysia.
“Pihak CDERT MAPIM akan terus bekerjasama dengan APM Pahang dan tekad untuk sentiasa bersedia membantu APM dalam segala aspek khususnya menghadapi dalam menghadapi sebarang bencana,” menurutnya.
Pihak MAPIM turut menyampaikan sumbangan sebanyak 50 kotak makanan kepada golongan asnaf yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.
Dalam pada itu, MAPIM Malaysia menerusi CDERT MAPIM sedang menjalani latihan kesiapsagaan dalam menghadapi bencana yang diadakan di Kuala Tahan sebagai perkongsian ilmu dan maklumat sera persediaan bagi misi-misi akan datang.
AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau infaq menerusi
www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038