Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
ALOR SETAR : “Mak cik pakai baju merah, kena kejarlah dengan lembu. Habis jatuhlah,” kata Zaiton dengan ceria apabila bercerita tentang kisah silam beliau meraikan perayaan Aidiladha dahulu.
Zaiton Hussin yang kini berusia 86 tahun bersama dengan suaminya Mat Desa yang sudah berumur 89 tahun tinggal menyewa di sebuah rumah kecil dengan bayaran bulanan sebanyak RM200.
Lebih istimewa kedua-dua pasangan ini merupakan insan kelainan upaya, cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup dengan jualan minyak angin dan minyak gamat di sekitar pasar pagi dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Namun dek penularan wabak Covid-19 melanda dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), urusan perniagaan mereka terencat sehingga hampir berbulan jualan minyak tidak dapat diteruskan.
Kedatangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke teratak pasangan ini membawa sinaran baharu buat Zaiton dan Mat.
Apabila memasuki rumah itu, suasana sedikit suram kerana tingkap tidak dibuka, dan hanya mengharapkan cahaya dari pintu hadapan. Walaubagaimanapun, kami tergamam apabila melihat kemampuan dua pasangan ini melayani tetamu seolah-olah mereka celik.
Setibanya MAPIM Malaysia ke rumah ini, Zaiton menyambut seperti orang yang normal, hinggakan pagar pintunya mereka sendiri yang buka. Bukan itu sahaja, Mat Desa sendiri yang membuka lampu dan kipas di rumahnya untuk kenyamanan tetamu seperti tidak ada apa-apa kekurangan pada dirinya.
Mereka punya dunia tersendiri tetapi segala pergerakannya lincah seperti manusia biasa.
Walaupun Mat Desa nampak seperti sudah biasa dengan susun atur rumah yang sederhana itu, tetap Zaiton menatap pergerakannya dengan risau.
Biarpun cacat penglihatan namun, hati yang celik mampu menjadi tunjuk arah buat pasangan ini.
Ketika bungkusan daging korban disampaikan, Zaiton sempat berseloroh dengan ketua misi pengagihan daging korban ke Kedah, Bendahari MAPIM Malaysia, Kapten Hj Faris Hussain.
Katanya, sewaktu muda dahulu beliau pernah dimasukkan ke wad akibat ditolak seekor lembu semasa perayaan Aidiladha.
Melihat keletah Zaiton dan Mat ini cukup menyenangkan kami. Kecekalan dan ketabahan pasangan ini membuatkan kami tersentuh.
Cacat penglihatan atau apa jua kekurangan bukanlah satu bentuk kelemahan yang boleh menghalang daripada seseorang itu bangkit menjalani kehidupan seperti insan lain.
Menurut Kapten Hj Faris Hussain :
Sempena hari kedua raya Aidiladha ini, Allah izinkan jumpa manusia yang hebat seperti Pak cik Mat dan Mak cik Zaiton yang mana tidak dapat melihat langsung tetapi sentiasa positif dan masa dijemput masuk, seakan mereka nampak kipas, ruang tamu dekat mana. MashaAllah inilah kelebihan yang Allah kurniakan walaupun diambil dua penglihatan mereka tetapi di akhirat nanti mata mereka tidak akan dihisab.” – Kapten Hj Faris Hussain.
Oleh Nurshazlin Shahrom
_________________________________________________________________________________________________________
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038