BanjirSemasa

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,093 orang

Lima lagi PPS dibuka, Segamat daerah paling teruk terjejas

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,093  orang setakat 4 petang ini berbanding 422 mangsa yang direkodkan pada pukul 2 petang tadi, susulan hujan lebat yang turun tidak henti-henti sejak awal pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) memaklumkan lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka menjadikan kesemuanya 13 PPS di Daerah Kluang, Segamat dan Kota Tinggi.

“Segamat merupakan daerah paling teruk terjejas dengan 975 mangsa daripada 273 keluarga, yang ditempatkan di lapan PPS.”

“Bagi Daerah Kluang pula, seramai 75 orang daripada 19 keluarga dipindahkan ke empat PPS sementara 43 penduduk daripada enam keluarga di Daerah Kota Tinggi dipindahkan ke sebuah PPS,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang ini.

Menurut jawatankuasa itu juga, setakat ini tiada jalan yang ditutup di negeri ini dengan kesemuanya masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai di Johor telah melepasi paras berbahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.04 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.4m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 37.97m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.41m.

BACA JUGA
Empat buah bot MAPIM digerakkan dalam Misi Bantuan Banjir Johor

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau klik ke www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button