Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestinSemasa

Bukan mudah masuk Gaza! : Nadir Al Nuri

Perlu kebenaran daripada Mesir

KUALA LUMPUR : Gaza adalah penjara terbuka yang terbesar di dunia. Di setiap sisi, sama ada ia dipagar tembok konkrit ataupun dikawal oleh tentera Israel. Manakala di sempadan Mesir pula terbentang gurun Sinai yang panas membakar, dan kawalan adalah sangat ketat.

Untuk orang luar memasuki Gaza semasa zaman aman sudah cukup sukar, apatah lagi mahu masuk ketika berlakunya perang dan penindasan israel. Ia menjadi berganda-ganda sukarnya.

Hanya ketika pemerintahan Almarhum Presiden Mohamaed Morsi, pintu masuk Gaza sentiasa terbuka untuk orang luar. Selepas pemerintahan Almarhum berakhir, kerajaan penggantinya hanya membenarkan pintu sempadan dibuka tiga bulan sekali.

Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman memaklumkan, buat waktu ini sempadan dibuka hanya untuk pergerakan keluar masuk penduduk Palestin, manakala untuk orang luar masih terhad.

Beliau berkata, “Gaza bukanlah seperti Afrika atau tempat-tempat lain yang boleh keluar masuk dan sampai dengan senang.”

Beliau menambah, “Tindakan untuk masuk ke Gaza ini (NGO yang masuk tanpa perancangan) menjejaskan NGO lain yang sudah pun susun dan atur dengan pihak lain. Pihak berkuasa Mesir sudah tentu tahu ramai lagi yang akan masuk ke Gaza. Jadi jangan fikir untuk diri kita saja kerana orang lain sudah buat kerja lama, ini bukan untuk menyampaikan bantuan sahaja, kita bukanlah yang pertama. Jadi perhatian tindakan kita.” – Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) / Nadir Al Nuri Kamarulzaman

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, yang sudah sering ke Palestin sejak 10 tahun lepas dan pernah berada di Gaza semasa Perang Hijaratus Sijjil, ditanya apa keperluan untuk memasuki Gaza ketika sumbangan boleh diberikan terus? Beliau menjawab,

“MAPIM sudah menghantar 3 kontena bantuan sebelum Ramadan, dan akan menghantar lagi 10 kontena bantuan ke Gaza dalam masa terdekat ini. Jadi, bantuan memang sentiasa MAPIM salurkan. Cuma, apabila bercerita tentang solidariti, kita perlu tunjukkan dengan kehadiran kita ke Gaza. Tidak cukup sekadar kontena bantuan bagi mewakili kita. Penduduk di sana sudah terkurung lama dalam penindasan, mereka perlukan semangat dan kehadiran orang luar terutama NGO dan ia akan sangat membantu. Bantuan kemanusiaan kita beri, bantuan semangat dan jiwa juga perlu. Alhamdulillah, untuk tujuan itu kita sudah merangka perancangan yang rapi dengan rakan kerjasama di Gaza sejak beberapa bulan yang lalu.”

Sementara itu, Menteri Luar  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa kempen untuk bantuan rakyat Palestin di Gaza mengatakan Tabung Amanah Kemanusian Rakyat Palestin (AAKRP) kini dibuka kepada lebih banyak agensi dan pertubuhan untuk membantu pengumpul dana menyalurkan sumbangan.

Sebaik kempen mengumpul dana anda berakhir dan anda tidak pasti bagaimana untuk menyalurkan sumbangan anda ke Palestin, kami di Kementerian Luar sedia membantu.” –

Melalui AAKRP, kementerian katanya akan menyalurkan terus sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Tambah beliau, susulan gencatan senjata pada 21 Mei lalu, selepas 11 hari pertempuran berdarah, fokus utama sekarang ialah untuk memberi saluran bantuan kecemasan secepat mungkin kepada rakyat Palestin dan membina semula Gaza.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

*************

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button