Semasa

“Bukan buat kerja Tuhan, tapi melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan.” – Ustazah Asma’ Harun

BANGI: Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun telah mengulas di akaun ‘Facebook’ nya berkenaan usahawan-usahawan yang mempromosikan perniagaan mereka dengan cara yang mungkar.

Beliau menegaskan tugas pendakwah seperti beliau adalah mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, jadi sudah menjadi tanggungjawab mereka bagi menegur seberang kemungkaran yang jelas nyata di media sosial, memandangkan media sosial turut dilayari oleh kanak-kanak.

Beliau berharap pengusaha Muslim di Facebook akan mempromosikan perniagaan mereka dengan cara yang diredai oleh Allah, dan tidak menuduh pendakwah seperti mereka hanya mahu menumpang populariti.

“Harus faham, kami ni bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam. Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial,” katanya.

Ustazah Asma’ Harun juga menulis beberapa hadis Rasulullah SAW di ‘Faceboook’ berkenaan perintah Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ،مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ،وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا ، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan di dalam Islam satu perkara yang baik, maka baginya pahala untuk amalan itu dan pahala orang yang beramal dengannya selepas itu tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun. Sesiapa yang melakukan di dalam Islam satu perkara yang buruk, maka dia menanggung dosa perbuatan itu dan dosa mereka yang beramal dengannya selepas itu tanpa mengurangkan dosa mereka sedikit pun.”

Sebagai orang Islam, keberkatan dalam mencari rezeki adalah penting. Oleh itu, marilah kita contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Baginda.

Oleh Ummi – wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button