Semasa

Buang Islam Sebagai Agama Rasmi?

Sarajun Hoda mahu Malaysia teratas dalam indeks

BANGI: “Buang Islam sebagai agama rasmi,” tulis mantan Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Abdul Hassan di dalam akaun Facebook beliau tentang bagaimana untuk menjadi lima negara teratas dalam indeks Islamcity.

Baginya buang Islam sebagai agama rasmi adalah merupakan senarai pertama di antara sembilan perkara yang disenaraikan olehnya.

 

Antara senarai yang ditulis di dalam akaun facebooknya

“Bagaimana Malaysia mahu menjadi antara 5 negara teratas dalam masa 10 tahun? Bagi saya, kita perlu mengambil petunjuk dari negara-negara teratas dalam indeks Islamcity,” kata mantan Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Abdul Hassan.

Senarai itu kemudiannya diikuti dengan cadangan agar JAKIM ditutup.

“Tutup JAKIM – biar Negeri mengambil alih sepenuhnya sekolah-sekolah pondok – mereka tidak dapat berkhidmat kepada negara dan Mahkamah-Mahkamah Shariah – Mahkamah-Mahkamah Sivil boleh menguruskan semua kes.”

Seterusnya, aktivis sosial itu juga mahu agama dibuang daripada urusan kerajaan dan sekolah-sekolah, hentikan pengawasan akhlak, paksa sekolah-sekolah agama cemerlang dalam subjek-subjek Matematik, Sains, larang semua parti politik berdasarkan bangsa dan agama, hukum semua kesalahan rasuah di bawah sistem keadilan yang pantas, beri ganjaran hanya kepada meritokrasi dan yang kesembilan, jadikan semua ustaz mencari pekerjaan sebenar.

“2 tahun kemudian…kita akan menjadi antara 5 yang teratas dalam indeks,” dakwa penerima Pingat Kelakuan Terpuji Pulau Pinang (P.K.T.) itu.

beliau berkata dalam akaun facebooknya tentang posting yang telah dibuatnya pada Isnin

Setelah mendapat kecaman yang teruk dalam ruangan komennya mengenai posting sebelum itu, beliau lantas  membuat satu kenyataan keatas posting yang dibuat olehnya yang mengatakan Bagaimana Malaysia mahu menjadi antara 5 negara teratas dalam masa 10 tahun dan boleh mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Oleh : Arif Ikhwan – Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button