PalestinSemasa

Boraombak hulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui MAPIM

Putrajaya, 6 April 2024 – Sebanyak ringgit Malaysia dua belas ribu, dua ratus empat puluh tujuh (RM12,247.00) disumbangkan kepada MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM) atas tujuan kemanusiaan di Palestin bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ramadan syarikat Boraombak Sdn. Bhd.

Penyerahan replika cek telah diserahkan oleh Tuan Hj Zulkeflee Katimin, pengasas & pemiliks yarikat Boraombak Sdn. Bhd kepada DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai tetamu terhormat untuk disampaikan kepada wakil MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Nik Abd Aziz Bin Nik Mohd, Pengarah Tijarah & sektör MAPIM Malaysia.

Program CSR Ramadan ini dilaksanakan setiap tahun pada bulan Ramadan. Bermula pada tahun 2017. Maahad Tahfiz al-Muhammadiyah dipilih sebagai penerima sumbangan pertama program.

Tahun berikutnya sehingga 2023 (tidak termasuk waktu PKP), Rumah anak-anak Yatim Al-Kausar Bangi pula dipilih. Dengan adanya program CSR Ramadan ini, ia dapat sedikit sebanyak membantu pihak pengurusan maahad tahfiz dan juga rumah anak-anak yatim meringankan bebanan lebih-lebih lagi bagi persiapan Aidilfitri.

Pada tahun ini pula, MAPIM dipilh bagi menyantuni dan atas dasar keprihatinan syarikat Boraombak dengan isu-isu semasa di Palestin ketika ini.

Sumbangan yang dikumpulkan ini adalah hasil dari sebahagian penjualan buffet Ramadan pihak syarikat Boraombak dengan konsep berbuka sambil menderma kepada pengunjung-pengunjung dan tetamu Boraombak.

Selain itu, pengunjung-pengunjung dan tetamu buffet Ramadan Boraombak dapat berpeluang memenangi cabutan bertuah iaitu pakej mengerjakan Umrah dan melancong ke Turki tajaan Kembara Mukmim Travel & Tours. Unikya cabutan bertuah ini juga diadakan pada setiap tahun dan dilakukan secara live di saluran media-media elektronik.

Harapan pihak syarikat Boraombak supaya usaha ini diberkati Ilahi dan dapat sedikit sebanyak membantu penduduk Palestin yang akan dikemudikan pihak MAPIM.

Selain itu, pihak syarikat Boraombak berharap program CSR ini akan dapat menyemarakkan hubungan baik antara pihak syarikat Boraombak sebagai pengusaha dan pengendali makanan dan minuman dengan masyarakat setempat sebagai pelanggan dan tetamu, serta menjadi pendorong untuk semua warga Boraombak, agensi-agensi kerajaan lain, organisasi swasta dan individu persendirian untuk sentiasa bergiat aktif mahupun menyokong usaha-usaha murni dalam kerja-kerja kesukarelaan dan kemasyarakatan.

Semoga di tahun mendatang, program CSR Ramadan Boraombak akan terus berkekalan.

Related Articles

Back to top button