DuniaSemasa

Bom di Istiklal, Türkiye rancang buru pengganas

ANKARA: Türkiye merancang untuk memburu sasaran di utara Syria selepas mereka menyelesaikan operasi rentas sempadan terhadap militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di Iraq, lapor Reuters memetik kata seorang pegawai kanan, selepas kejadian letupan bom pada Ahad yang membawa maut di Istanbul.

Ankara telah menyalahkan militan Kurdish atas letupan di Istiklal Avenue di Istanbul itu yang mengorbankan enam orang dan mencederakan lebih 80 orang.

Ancaman yang ditimbulkan oleh militan Kurdish atau Negara Islam ke atas Türkiye adalah tidak boleh diterima, kata pegawai itu kepada Reuters, sambil menambah bahawa Ankara akan menghapuskan ancaman di sepanjang sempadan selatannya ‘dengan apa cara sekalipun’.

“Syria kini masalah ancaman keselamatan negara bagi Türkiye. Ada usaha sedang dilakukan mengenai perkara ini,” kata pegawai itu, enggan dinamakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

“Terdapat operasi berterusan terhadap PKK di Iraq. Terdapat sasaran tertentu di Syria selepas itu selesai.”

Sehingga hari ini, tiada komen lanjut yang diberikan kepada media daripada Kementerian Luar Türkiye.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan di laluan pejalan kaki yang sibuk itu malah Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan PKK dan Kurdish menafikan penglibatannya.


MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button