
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka inflasi akan terus menurun didorong momentum kenaikan harga yang perlahan. Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, pihaknya akan terus memantau potensi risiko terhadap prospek (kenaikan inflasi) yang timbul terutamanya daripada perubahan kepada dasar domestik mengenai subsidi bahan api.
Jelas Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang antarabangsa Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) semalam memperincikan aliran positif itu secara terus turut memacu tingkahlaku isi rumah dalam perbelanjaan ekonomi.
Berdasarkan sentimen itu, ini dijangka bakal mengukuhkan lagi pelaburan sektor swasta dan awam Malaysia pada tahun 2024. Melalui sasaran itu, BNM turut meletakkan jangkaan bahawa cabaran inflasi di negara akan terus menyusut secara berterusan susulan momentum kenaikan harga di pasaran lebih perlahan. Setakat Ogos 2023, inflasi teras Malaysia di paras 2.5%. Angka ini terus lebih rendah berbanding negara serantau.
Menurut BNM persekitaran ini didorong hasil harga komoditi yang lebih rendah diikuti situasi penawaran dan permintaan di pasaran pula semakin bertambah-baik. Maka ini membantu Malaysia meraih angka inflasi yang lebih rendah, walaupun negara lain berdepan cabaran sebaliknya.
Meskipun aliran itu kekal terkawal Jawatankuasa Dasar Monetari mengakui pihaknya terus laksana langkah waspada ke atas inflasi domestik dan pertumbuhan jangka panjang.