Semasa

BMKG keluar amaran Indonesia akan dilanda hujan batu

JAKARTA :  Jabatan Meteorologi Indonesia (BMKG) telah memberi amaran bahawa republik itu akan dilanda hujan batu sehingga April, menurut laman berita Tribunnews.

Kejadian itu turut disertai hujan lebat dalam tempoh yang singkat, serta petir atau guruh, dan angin kencang.

Timbalan Pakar Meteorologi BMKG, Guswanto, menjelaskan hujan batu merupakan salah satu fenomena cuaca ekstrem yang berlaku apabila zarah ais turun dari langit dan mungkin berlaku dalam beberapa minit.

“Fenomena hujan batu ini dijana oleh pola perolakan skala tempatan-serantau yang signifikan di atmosfera,” jelas Guswanto.

Ia mungkin masih berlaku sehingga Mac-April depan, memandangkan potensi cuaca ekstrem seperti puting beliung, hujan batu, hujan lebat diikuti kilat dan angin kencang.

Sehubungan itu, BMKG menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menghadapi kejadian cuaca ekstrem yang boleh mengakibatkan bencana hidrometeorologi seperti banjir, tanah runtuh dan banjir kilat.

-AGENSI

 

Related Articles

Back to top button