Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
JOHOR – Setakat jam 8 semalam, jumlah korban banjir kilat di Johor berkurangan kepada 113 berbanding sebelum ini iaitu sebanyak 295.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) , sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu di daerah Kulai akan ditutup.
Menurut JPBD lagi, dua PPS masih aktif di kawasan Kluang termasuk satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam yang membabitkan 33 mangsa Kampung Tengah Renggam.
Menurut pengumuman yang dikeluarkan, 42 mangsa dari Kampung Sungai Linau ditempatkan di sebuah lagi PPS di daerah Kluang iaitu di SK Sungai Linau.
Menurut JPBD, 38 mangsa dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya, dan Kampung Sri Menanti ditempatkan di PPS yang dibuka di SK Melayu Raya di kawasan Pontian.
Banjir kilat di negeri itu berlaku akibat daripada hujan lebat melebihi dua jam sejak jam 10 pagi kelmarin.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038